Sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan rundingan dengan bekas pemain Perlis sedang giat berjalan.

“Apa yang boleh saya dedahkan rundingan itu menunjukkan respon positif.

“Sekiranya semua berjalan lancar dan Yusri menerima tawaran yang KAFA buat, dia dijangka ke Kota Bharu sejurus menamatkan krusus kejurulatihan Pro A,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia pada 8 April lalu melaporkan bola sepak Kelantan terus dirundung malang selepas pengendali pasukan Kraljevic dilaporkan ‘bercerai’ dengan KAFA.

‘Penceraian’ itu disebabkan masalah kewangan pasukan yang meruncing ketika ini selain faktor prestasi pasukan.

Sumber KAFA memberitahu, kepulangan Yusri itu bertujuan untuk memulihkan semula prestasi pasukan yang tidak menentu ketika ini.

Katanya, KAFA percaya Yusri mampu menggalas tugas sebagai pengendali pasukan dengan baik selepas Kelantan ‘bercerai’ dengan Kraljevic.

Sementara itu, Yusri ketika dihubungi mengesahkan tiada tidak menerima sebarang tawaran daripada Kafa untuk jawatan tersebut ketika ini.

Katanya, dia kini sedang mengikuti kursus Diploma Pro A untuk lesen kejurulatihan.-UTUSAN ONLINE.