Kesilapan pemain pertahanan membuka ruang kapada Watford untuk berkongsi satu mata, selepas Liverpool terpaksa bangkit daripada ketinggan 0-1 dan 1-2 untuk mendahului 3-2, dalam tempoh tiga minit dalam separuh masa kedua dengan Mohamed Salah memberikan impak menarik.

Salah yang merupakan bekas pemain Chelsea menyertai Liverpool dari AS Roma berjaya mendapatkan penalti yang disempurnakan oleh Roberto Firmino pada minit 55.

Liverpool ketinggalan 0-1 pada minit kelapan hasil jaringan penyerang Watford, Stefano Okaka yang dibiarkan bersendirian oleh pertahanan lawan.

Sadio Mane kemudiannya menyamakan kedudukan sebelum Abdoulaye Doucoure kembali meletakkan Watford di depan.

Firmino menyamakan kedudukan melalui penalti pada minit 55 diikuti dengan jaringan Salah pada minir 57 untuk meletakkan Liverpool di depan sehingga tamat masa sebenar perlawanan.

Namun, ketika Liverpool hampir pasti pulang dengan tiga mata, Miguel Britos memastikan Watford mendapat satu mata melalui jaringan kontroversi kerana dia dikatakan berada pada posisi offside.