Mereka ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah; Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan usahawan muda, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

Wan Abdul Rahim dicalonkan oleh Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Tanah Merah yang dikatakan mewakili gabungan tujuh PBJ.

Abdul Rashid dan Amril Aiman pula dikatakan dicalonkan oleh masing-masing sebuah ahli gabungan.

Senarai penuh pencalonan akan diumumkan oleh pengurusan Kafa dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE