Ronaldo dipilih untuk menjayakan jualan atas talian terbesar mereka, 9.9 Super Shopping Sale yang akan berlangsung pada 19 Ogos sehingga 8 September 2019.

Bagaimanapun apa yang jadi perhatian adalah kemunculan Ronaldo menari lagu 'Baby Shark' yang ditukar kepada 'The Shopee Dance'dalam video promosi kempen tersebut.

Ramai yang terhibur dengan iklan Ronaldo di Shopee, apatah lagi dia selama ini terkenal dengan sikap ‘control macho’.

Penyerang Juventus itu pasti menerima bayaran yang lumayan untuk melakukan tarian 'comel' itu, namun yang pasti strategi Shopee benar-benar menjadi kerana video tersebut telah tular hanya beberapa jam selepas dilancarkan semalam. - AGENSI