Menurut majalah sukan Sepanyol, Don Balon, Messi dan Van Dijk berbual ketika bertemu pada malam anugerah badan bola sepak Eropah, UEFA di Monaco bulan lalu.

Van Dijk, 28, menjadi tumpuan pada malam itu apabila menggondol dua anugerah iaitu Pemain Terbaik Eropah dan Pertahanan Terbaik Eropah.

Dalam pertemuan itu, Messi, 32, dikatakan mengajak kapten Belanda tersebut agar menyertainya di Camp Nou dan membantu Barcelona merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini.

Van Dijk bagaimanapun menolak pelawaan tersebut dan memberitahu bintang penyerang Argentina itu bahawa Anfield adalah 'rumahnya' sekurang-kurangnya untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Mengharungi karier cemerlang hanya pada musim penuh pertamanya bersama Liverpool membuatkan Virgil Dijk percaya banyak lagi yang boleh dicapai di Anfield.

Kejayaan membantu Liverpool menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali keenam pada musim 2018/2019, selain muncul naib juara Liga Perdana Inggeris turut membolehkan Van Dijk berada dalam senarai calon akhir Pemain Terbaik Dunia FIFA. - AGENSI