Pengendali baharu The Red Warrios (TRW) Yusri Che Lah berkata, rentak tersebut perlu dipraktikkan semula bagi mengelak kekalahan, seterusnya menyebabkan pasukan terus keciciran mata dan menghuni tiga tangga terbawah liga.

“Ini adalah corak yang saya terapkan ketika mengendalikan TRW pada musim lalu. Jadi saya menuntut kembali corak tersebut demi pasukan.

“Jikalau mereka beri segalanya untuk insya allah mereka sukar untuk dikalahkan di laman sendiri,” katanya di sini hari ini.

Yusri memberitahu, TRW tidak boleh terus terus keciciran mata walaupun masih mempunyai baki 12 perlawanan selepas ini.

Katanya, tewas bukan pilihan, meskipun Kelantan ketika ini tempang berdepan Negeri Sembilan selepas kehilangan tiga tonggak utama akibat penggantungan dan kecederaan.

Ujarnya dua tonggak yang digantung itu ialah perancangan tengah Nik Akif Shahiran Nik Mat dan Mohammad Azwan Aripin manakala Nik Azli Nik Alias pula mengalami kecederaan.

“Sungguhpun perit, saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan itu nanti,” katanya. - UTUSAN ONLINE