Pahang terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi Wan Zaharulnizam yang melakukan rembatan leret dari luar kotak penalti untuk menewaskan Khairul Azhan.

Selangor menyamakan kedudukan minit ke-61 menerusi importnya, Rufino yang melakukan rembatan menewaskan Helmi Eliza selepas menerima hantaran daripada Syazwan Zainon.

Pada minit ke-72, Tok Gajah bermain dengan 10 pemain selepas Harold Goulon dibuang padang apabila menerima dua kad kuning.

The Red Giants gagal memanfaatkan peluang itu untuk menambah jaringan biarpun kerap melakukan asakan ke kubu Tok Gajah. - UTUSAN ONLINE