Pemenang lima kali Ballon d'Or muncul penjaring sepanjang zaman dalam kelayakan Kejohanan Eropah selepas mencatat 25 jaringan mengatasi Robbie Keane.

Bintang Juventus itu juga melakar rekod 93 gol, dengan turut menyempurnakan lapan hatrik.

Ronaldo, yang tercalon dalam senarai Pemain Terbaik FIFA, ditanya berhubung peluangnya untuk memenangi anugerah tersebut buat kali keenam dan mengakui ia tidak terlintas dalam fikirannya.

"Seperti yang selalu saya katakan, saya tidak fikir tentang ganjaran individu.

"Bola sepak adalah sesuatu yang dicapai dan dimenangi secara kolektif, bagaimanapun ia bagus, saya tidak mahu menafikannya. Apa yang penting adalah cara untuk membantu pasukan.

"Saya meledak gol menentang Serbia dan empat di sini. Saya sangat gembira. Kami memperoleh momen yang indah dan apa yang saya mahu sekarang adalah cuba meneruskan tempo sebegini," kata Ronaldo.- AGENSI