Perkara itu didedahkan sendiri oleh pengendali TRW Yusri Che Lah selepas pasukannya dibelasah Negeri Sembilan 3-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Tanpa berselindung, Yusri berkata, tidak ada banyak perubahan boleh dilakukannya sehingga tamat musim ini dan meneruskan perjuangan dengan ramuan yang ada.

Menurutnya, ketika ini TRW hanya dapat menggunakan khidmat seorang tenaga import walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

“Kami terpaksa menggunakan perkhidmat Cassio De Juses walaupun belum pulih sepenuhnya kerana sudah tidak mempunyai pilihan lain.

“Setidak-tidak pemain itu dapat menyuntik semangat pemain tempatan dan perlawanan akan datang kami perlu mengubah kedudukan pada carta liga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini, pasukan Kelantan telah kehilangan dua pemain import mereka iaitu Raul Tarragona dan Flavio Beck Junior yang masing-masing menamatkan kontrak bersama pasukan itu.

Selepas 13 perlawanan, Kelantan berada di kedudukan tercorot liga dengan hanya mampu memperoleh lapan mata hasil daripada dua kemenangan, enam kekalahan dan Lima seri.-UTUSAN ONLINE.