Pemain kelahiran Nigeria itu, telah menandatangani kontrak dengan The Cops untuk beraksi hingga akhir musim ini dan perkara itu disahkan pengurus pasukan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar.

Pengambilan pemain import baharu bagi jendela kedua ini, menyaksikan pemain tengah dari Brazil, Andrezinho terpaksa dilepaskan The Cops.

“Kedatangan Uche akan menambahkan ketajaman barisan serangan kita dan dia sesuai dengan taktikal jurulatih, E. Elavarasan.

“Kita terpaksa gugurkan Andrez, bukan kerana dia tidak bagus tetapi jurulatih ingin seseorang yang sesuai dengan taktikalnya. Buat Andrez terima kasih di atas segala sumbangan anda bersama pasukan.

“Saya percaya dengan kedatangan pemain terbaik Liga Bahrain ini, misi PDRM untuk layak ke Liga Super musim depan berada di landasan sebenar,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Bekas penyerang Al Hidd itu, berjaya muncul penjaring terbanyak bagi musim 2017-2018 selepas meledakkan 18 gol dalam saingan Liga Bahrain. - UTUSAN ONLINE