Pertarungan ‘derby’ Pantai Timur berlangsung sengit namun penyokong kedua-dua pasukan terpaksa menunggu sehingga minit ke-42 untuk melihat jaringan gol.

Rembatan Syamim Yahya dari luar kotak penalti meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 pada babak pertama.

Bagaimanapun, enam minit selepas bermula babak kedua, pemain sayap kanan Pahang, Mohamadou Sumareh berjaya menyamakan kedudukan selepas melakukan rembatan deras selepas menerima umpanan cantik Wan Zaharulnizam dalam kotak penalti.

Perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada gol dapat dihasilkan sehingga tiupan wisel penamat.

Sementara itu, dalam aksi Liga Perdana, UKM FC berjaya melakar kemenangan 3-2 ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. - UTUSAN ONLINE