United akan cuba mengekalkan Pogba tetapi sedia melepaskannya kepada Real Madrid atau Juventus sekiranya mereka sanggup membayar 170 juta pound (RM867 juta) buat pemain Perancis itu.

Pogba dan ejennya, Mino Raiola tanpa berselindung menyuarakan keinginan untuk meninggalkan kelab itu tetapi Solskjaer percaya dia boleh memberikan motivasi buat pemain dengan rekod pembelian United itu untuk menjadi pemain utama kelab musim depan.

“Saya boleh berikan dia cabaran baharu.

“Paul ialah pemain utama dan pemain yang hebat. Dia tidak pernah ada masalah. Jika kami boleh membuatkan dia kembali bermain seperti dia mula datang ke sini, dia akan membawa kemenangan.

“Saya tidak pernah kecewa dengan apa yang pernah dikatakannya kerana kami selalu berbincang dan kami tahu apa yang Paul fikirkan.

“Saya tidak boleh menjawab soalan berbentuk ramalan. Kami masih tiada sebarang tawaran,” kata Solskjaer.-AGENSI