Rashford gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa kedua menyebabkan United tewas mengejut 1-2 kepada Crystal Palace di Old Trafford.

The Red Devils berjaya menyamakan kedudukan selepas Jordan Ayew meledak jaringan pembukaan namun Rashford gagal memberikan kelebihan kepada tuan rumah selepas sepakannya tersasar.

Patrick van Aanholt kemudian meledak jaringan kemenangan dalam perlawanan itu.

Solskjaer mendesak syarikat seperti Twitter untuk membantu menghentikan penghinaan daripada penggunaan yang menggunakan akaun palsu selepas Pogba dan Rashford menjadi mangsa.

“Perkara ini sudah diperkatakan sebelum ini tetapi tiada tindakan diambil dan ia perlu dihentikan.

“Saya hilang kata-kata. Mereka berselindung di sebalik identiti palsu. Perkara ini tidak masuk akal kerana sekarang ini adalah 2019,” katanya.-AGENSI