Slutsky, yang juga jurulatih CSKA Moscow terpaksa mengendalikan skuad kebangsaan pada Ogos lalu susulan pemecatan Fabio Capello.

Semasa Rusia di bawah bimbingannya, pengendali berusia 70 tahun itu membawa reputasi yang baik menerusi kemenangan empat kali berturut-turut dalam laluan mereka ke Euro 2016 di Perancis.

Bagaimanapun, ketiadaan tonggak seperti Alan Dzagoev dan Igor Denisov yang mengalami kecederaan, menghukum Rusia sehingga menduduki tangga tercorot Kumpulan B, dengan pungutan satu mata berbanding England, Slovakia dan Wales.

Dengan serahan surat perletakan tersebut sekali gus memberi makna bahawa kontrak Slutsky bersama RFS tidak akan bersambung.- AGENSI