Skuad kendalian Zaki Shaikh Ahmad berada di depan seawal minit ketiga menerusi jaringan Ferris Danial Mat Nasir sebelum Jose Almir Barros menyempurnakan penalti tiga minit kemudian.

Bagaimanapun, Terengganu cuba merapatkan kedudukan menerusi gol penalti Lee Tuck pada minit ke-36, tetapi tuan rumah kembali menjarakkan diri hasil jaringan Igor Luiz.

Pelawat berjaya mengurangkan difisit menerusi jaringan Serhi Andrieiev pada masa tambahan namun usaha mereka tidak cukup untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Selepas ini, Negeri Sembilan akan berjumpa PKNS FC di Shah Alam manakala Terengganu melayan kunjungan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kedua-dua perlawanan tersebut berlangsung pada 13 September ini. - UTUSAN ONLINE