Usaha keras yang dilakukan oleh Aguero dan Raheem Sterling dalam babak pertama telah memastikan skuad bimbingan Pep Guardiola mendahului selesa 2-0 sebelum rehat, meskipun mereka dikejutkan jaringan cantik hasil sepakan percuma yang disempurnakan pemain Bournemouth, Harry Wilson.

Penyerang Argentina, Aguero melengkapkan kemenangan kedua City dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu menerusi jaringan keduanya selepas rehat separuh masa pertama.

Silva menjadi arkitek kepada kemenangan pasukannya dalam musim terakhirnya beraksi bersama juara bertahan itu, dan persembahan pemain perancang tersebut sudah pasti akan dirindui peminatnya kelak. - AFP