Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan bola sepak Perak.

“Siaran langsung perlawanan ini akan memeriahkan lagi Liga Juara-Juara Asia.

“Semoga pasukan Perak akan mencapai kejayaan dan layak ke pusingan seterusnya,” kata MBI dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE