“Selamat datang legenda,” kata kelab dari Tuscany itu di akaun Twitter mereka dengan gambar pemain berusia 36 tahun itu memakai jersi kelab tersebut sambil memegang skaf Fiorentina.

Bekas pemain sayap Perancis itu meninggalkan Bayern Munich sebagai ejen bebas selepas 12 musim bersama gergasi Jerman berkenaan dengan dia merangkul 23 trofi.

Ribery dan isterinya, Wahiba memuat naik gambar di laman sosial hari ini ketika menaiki jet peribadi dan disambut ratusan penyokong ketika mereka tiba di Itali, hari ini.

Pemain Perancis itu berkata, bekas penyerang Bayern, Luca Toni telah meyakinkannya untuk beraksi di Itali.

“Saya gembira, saya di sini bersama keluarga,” kata Ribery. - AFP