Selepas kedudukan terikat 3-3, tandukan pemain pertahanan, Harith Haikal Adam Afkar pada minit ke-99 memastikan kemenangan pasukan negara, sekali gus mengecewakan Indonesia pada sambutan Hari Kemerdekaan mereka.

Malaysia yang turun selaku juara bertahan kini akan menentang Australia, lawan yang ditumpaskan 3-0 di peringkat kumpulan pada perlawanan akhir di Ho Chi Minh, Isnin ini.

Australia, juara empat kali mara selepas menewaskan Myanmar 2-1 dalam satu lagi separuh akhir.

“Semangat juang yang ditunjukkan pemain-pemain kami amat luar biasa.

“Sejak awal kami tahu perlawanan akan berlangsung sengit tetapi pemain tidak pernah berputus asa,” kata Maloney yang dipetik dalam ASEAN Football.

Bagi pengendali Indonesia, Fakhri Hussaini anak-anak buahnya menguasai perlawanan sejak awal tetapi jelas sekali, mereka perlu belajar lebih banyak bersabar.

“Ia perlawanan yang seimbang tetapi kami perlu belajar untuk lebih bersabar.

“Kami menguasai perlawanan, malah pada satu ketika mendahului saingan, namun inilah bola sepak.

“Kami juga bermain baik di peringkat kumpulan, tetapi kami bukan robot dan anda tidak boleh menjangkakan keputusan terbaik dicatat sepanjang masa,” katanya. - UTUSAN ONLINE