Meskipun usia tersebut dilabel sebagai 'kuda tua', namun Badhri yang lebih dikenali sebagai Piya tetap memasang impian untuk membuat kemunculan semula ke kancah Liga M selepas kontraknya bersama The Red Warriors (TRW) ditamatkan lebih awal, April lalu.

Kemunculan semula itu amat penting kerana dia masih bernafsu untuk meneruskan kerier bola sepaknya.

Bagi memastikan 'mood' bola sepaknya tidak pudar, anak kelahiran Kampung Paloh, di sini banyak menjalani latihan secara bersendirian.

MOHD. BADHRI RADZI
MOHD. BADHRI RADZI 

Badhri ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, walaupun ada yang beranggapan kudratnya sudah selincah dulu, namun dia masih lagi mampu beraksi dengan baik sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun akan datang.

"Saya masih lagi menjalani latihan secara bersendirian termasuklah di gymansium bagi memastikan kecergasan berada pada tahap terbaik," katanya.

Katanya, dia perlu kembali beraksi di Liga M untuk membuktikan keupayaan sebagai pemain bola sepak yang masih mempunyai kualiti.

"Saya berhasrat untuk menamatkan kerier sebagai pemain bola sepak dengan penuh bergaya iaitu mewakili pasukan dan bukan sebagaimana nasib ketika ini," katanya. - UTUSAN ONLINE