Juara 33 kali itu turun dengan misi mengutip tiga mata penuh terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-28 menerusi jaringan penyerang tuan rumah, Uche Agba yang berjaya memperdaya pertahanan Selangor dan melepaskan rembatan kencang untuk meletakkan The Cops satu gol dihadapan.

Biarpun Selangor berjaya mencipta beberapa peluang namun kedudukan kekal 1-0 sehingga berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, Red Giants kembali garang apabila berjaya memperolehi dia gol masing-masing menerusi jaringan Taylor Regan pada minit ke-68 dan Ifedayo Omosuyi (m-80).

Begitupun, tiga minit sebelum wisel penamat ditiupkan, Chang-Hoon memastikan tuan rumah meraih satu mata sekali gus membuat anak buah B.Sathianathan terpaksa berkongsi mata. -UTUSAN ONLINE