Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu, skuad kendalian B. Satianathan terlebih dahulu meledak jaringan pembukaan pada minit ke-52 menerusi Sandro da Silva bagi menceriakan penyokong.

Bagaimanapun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila PDRM bangkit menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian menerusi Argzim Redzovic.

Keputusan itu menyaksikan The Red Giants gagal memintas kedudukan pendahulu kumpulan daripada Melaka United selepas hanya mengumpul lima mata selepas tiga perlawanan.

Dalam aksi Kumpulan B, PJ City berjaya memintas kedudukan kedua kumpulan selepas menundukkan UiTM 1-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Jaringan tunggal Pedro Henrique pada minit ke-29 sudah cukup untuk mereka berada di kedudukan kedua memintas PKNP selepas mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan.-UTUSAN ONLINE