Dollah berkata, dia berasa hampa kerana Pahang perlu menang perlawanan itu tetapi pemain gagal mencapai misi tersebut.

“Sebenarnya, kita banyak peluang menja­ringkan gol tetapi faktor ketum­pulan di bahagian serangan menyebabkan tiga mata terlepas.

“Corak bertahan dipersembahkan lawan juga menafikan Pahang untuk menambah jaringan terutama pada babak kedua,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu di Stadium Darul Makmur di sini semalam.

Pada perlawanan berkenaan, gol PJ City dijaringkan bekas pemain kebangsaan, Safee Sali minit ke-32 sebelum Ze Love menyamakan kedudukan pada minit ke-49 untuk skuad Tok Gajah.- UTUSAN ONLINE