Jurulatih itu yang membantu Portugal meraih kejuaraan Euro 2016 di Perancis dua tahun lalu turut mengesahkan bahawa kapten Cristiano Ronaldo akan bermain dalam perlawanan persahabatan di laman sendiri menentang Algeria pada awal pagi esok yang juga aksi pemanas badan terakhir mereka.

Ronaldo yang juga penjaring terbanyak Portugal terlepas minggu pertama latihan dan perlawanan persahabatan menentang Tunisia serta Belgium kerana bermain untuk Real Madrid sewaktu saingan akhir Liga Juara-juara menentang Liverpool, hujung bulan lalu.

“Perkara sama berlaku sebelum Euro 2016 dengan Ronaldo dan Pepe apabila mereka berdua terlibat dalam aksi akhir Liga Juara-juara.

“Setakat ini Ronaldo sudah pasti akan memulakan perlawanan,” kata Santos.

Sebanyak 10 pemain daripada skuad Euro 2016 telah terlepas aksi ke Rusia kerana masalah kecederaan dan tidak meraih tempat disebabkan tahap prestasi mengecewakan malah Santos turut memberitahu bahawa kali ini amat sukar buatnya membuat pilihan berbanding dua tahun lalu. - REUTERS