Menurut akhbar Britain, Mirror, penyerang Mesir itu menolak peluang meninggalkan Anfield pada musim panas ini selepas menerima tawaran lumayan daripada Real Madrid dan Juventus.

Pemain berusia 27 tahun itu percaya, sekarang bukan waktu yang tepat untuk meninggalkan Liverpool, apatah lagi dia baru membantu gergasi Liga Perdana Inggeris tersebut menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali keenam.

Bagaimanapun laporan itu mendakwa, Salah bersedia membincangkan mengenai masa depannya pada 2020.

Sementara itu, Reds juga dikaitkan dengan penjaga gol Southampton, Alex McCarthy yang dilihat sebagai calon pengganti Simon Mignolet.

Liverpool mahu menjadikan McCarthy sebagai penjaga gol No. 2 mereka musim depan ekoran keputusan Mignolet mahu meninggalkan Anfield. - AGENSI