Neymar dikaitkan kembali ke Camp Nou pada musim panas ini namun tidak terjadi selepas jendela perpindahan ditutup awal bulan ini.

Terdahulu, Pengarah Sukan PSG Leonardo mengesahkan Neymar mahu berpindah dan ia boleh berlaku jika terdapat tawaran yang munasabah.

Neymar yang masih berbaki kontrak tiga tahun bersama juara Ligue 1 itu, sehingga kini belum dapat beraksi dalam musim baharu.

Jurulatih PSG, Thomas Tuchel berkata, dia tidak akan memilih pemain berusia 27 tahun itu sehingga masa depannya menemui jalan penyelesaian.

"Rundingan antara kedua-dua kelab masih belum tamat. Dia hanya mahu duduk di tempat yang dia gembira dan dia sangat gembira di Barcelona.

"Apabila rakan-rakannya bertanyakan adakah dia mahu kembali ke Camp Nou, dia inginkannya," ," kata bapa penyerang itu yang hadir dalam Persidangan Sukan Edinburgh.- AGENSI