"Ini adalah bukti dia pemain terbaik dunia," kata Santos yang merupakan ketua jurulatih Portugal.

Ronaldo menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Euro dengan 25 gol dan 95 gol di peringkat antarabangsa.

Juara Ballon d'Or lima kali itu sedang menikmati detik indah dalam kariernya meskipun sering dibandingkan dengan kapten Barcelona, Lionel Messi.

"Di mana sahaja dia beraksi, penyokong akan bersorak, kerana dia adalah pemain terbaik dunia.

"Kami ke Paris untuk perlawanan pertama kami dan ketika di hotel, beribu orang menanti Ronaldo di hadapan pintu hotel kami.

"Keadaan menjadi pelik jika dia tidak menjaringkan gol. Ada yang berkata, mungkin itu adalah pengakhiran buat dia. Awak perlu berhati-hati kerana ia tidak akan berakhir," kata Santos. - AGENSI