Penyerang Juventus berusia 34 tahun itu, terlepas enam perlawanan antarabangsa selepas Piala Dunia termasuk aksi peringkat kumpulan Liga Negara-Negara, namun kembali beraksi bersama Portugal ketika kelayakan Euro 2020, Mac lalu.

Portugal akan berdepan Switzerland dalam aksi separuh akhir pada 5 Jun nanti dan pemenang perlawanan itu akan berdepan England atau Belanda di pentas final pada 9 Jun di Porto.

“Dia begitu menghargai, komited dan bersemangat untuk beraksi bersama pasukan negaranya,” kata Santos.

Pengendali berusia 64 tahun itu, akan menamakan senarai akhir pasukan pada 23 Mei ini dan menegaskan Ronaldo yang merupakan penjaring terbanyak Portugal bakal mengetuai negaranya.

“Dia (Ronaldo) tidak bermain di peringkat kumpulan dan kami memahami serta menghormati keputusannya. Dia telah memberi penjelasan berkenaan perkara itu,” katanya kepada Sport TV. -AGENSI