Menjelang pusingan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2020 menentang Ukraine dan Serbia, pengendali pasukan, Fernando Santos kembali membawa masuk bekas Pemain Terbaik Dunia lima kali itu.

Penyerang Juventus tersebut, yang menjadi sebahagian tonggak ketika Portugal menjulang gelaran Eropah buat kali pertama pada 2016 telah meledak 85 gol daripada 154 penampilan antarabangsa.

Dia tidak disenaraikan dalam enam perlawanan terakhir Portugal untuk membolehkannya menyesuaikan diri dengan kelab baharunya, Juventus.

“Selepas tamat Piala Dunia saya meminta diberi rehat kerana mahu menyesuaikan diri bersama Juventus.

“Dalam beberapa perlawanan akan datang, harap saya dapat memberi sumbangan kepada skuad kebangsaan. Saya juga merindui aksi bersama Portugal,” kata Ronaldo kepada DAZN.

Sepanjang ketiadaannya, Portugal menghuni kedudukan teratas dalam Liga Negara-Negara Eropah, mengatasi Itali dan Poland, sekali gus melayakkan diri ke peringkat empat terbaik yang akan diadakan di Portugal pada Jun ini. - AFP