Bintang penyerang Real Madrid dan ketua pasukan bola sepak Portugal itu dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008, malah menjadi calon utama untuk meraih anugerah tersebut sekali lagi, tahun ini.

Ronaldo juga akan mengetuai Portugal dalam misi memburu Piala Dunia yang akan diadakan di Brazil dari 12 Jun hingga 13 Julai ini.

Dia bakal menerima pingat dan reben Order of Prince Henry dalam satu upacara rasmi di kediaman Presiden di Lisbon, Selasa ini. - AP