Juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) menawarkan gaji 11.1 juta pound (RM57 juta) semusim buat penyerang Argentina itu.

PSG percaya, Dybala, 26, adalah pemain pemain paling sesuai menggantikan Neymar yang sedang bersiap sedia untuk kembali ke Sepanyol, sama ada bersama Barcelona atau Real Madrid.

Menurut media Itali, penyerang Juventus itu terkejut ketika menerima panggilan daripada Pengarah Sukan PSG, Leonardo yang menawarkannya kontrak lima tahun.

Juventus dikatakan bersedia melepaskan Dybala jika menerima tawaran di antara 79 juta pound (RM398 juta) hingga 83 juta pound (RM418 juta).

Dybala sebelum itu menolak tawaran United kerana hanya berminat menyertai pasukan yang bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Perpindahan ke Tottenham pula tidak menjadi kenyataan kerana masalah hak cipta imej. - AGENSI