Bagaimanapun hari ini, bekas pengendali Manchester United itu tidak dapat menahan diri daripada memuji Jurgen Klopp selepas membawa Reds mara ke final Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut.

Liverpool melakar kemenangan sensasi 4-0 ke atas juara Sepanyol, Barcelona dalam separuh akhir kedua di Anfield, sekali gus mara secara agregat 4-3.

Dua jaringan cantik pemain gantian, Georginio Wijnaldum dan dua gol Divock Origi memastikan Reds bangkit daripada kekalahan 0-3 di Camp Nou, minggu lalu.

"Ini semua tentang dia (Klopp).

"Keputusan Liverpool adalah pantulan atau tindak balas daripada personalitinya, tidak kenal erti putus asa, semangat juang tinggi.

"Apa yang ditunjukkan Liverpool hari ini adalah tentang mentaliti Jurgen," kata Mourinho ketika menjadi pengulas BeIN Sports. - AGENSI