Dalam aksi pembukaan, Real terpaksa berkongsi mata selepas seri 1-1 dengan Real Valladolid di laman sendiri.

Karim Benzema menjaringkan gol pada minit ke-82 sebelum Sergi Guardiola menemui jalan untuk meledak gol penyamaan bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Real masih bergelut dengan prestasi termasuk isu melibatkan Gareth Bale dan aksi hambar dalam perlawanan persahabatan pramusim.

Selepas menamatkan musim lalu ketinggalan 19 mata kepada Barcelona, Zidane mengetahui tekanan sekali lagi meningkat musim ini dan dia merayu kepada penyokong untuk terus menyokong Real.

“Saya perasan di Bernabeu, penonton yang hadir turut berasakan tekanan tersebut.

“Kehadiran mereka membantu kami. Saya berharap sokongan yang diberikan kepada pasukan mampu menjadi kelebihan untuk meraih kejayaan musim ini,” kata Zidane. - AGENSI