Skuad Harimau Kumbang terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-24 hasil jaringan Mohd. Azinee Taib yang menguis masuk tendangan percuma Kang Seungjo.

Bermain di laman sendiri, Pulau Pinang terus menguasai permainan dengan beberapa percubaan ke gawang UKM FC namun berjaya dipatahkan penjaga gol Mohamad Khairi Hassan.

Bersambung separuh masa kedua, Mohd. Azinee sekali lagi menemui jaringan apabila menyudahkan hantaran lintang Azidan Sarudin pada minit ke-74.

UKM FC akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-88 hasil penyudah Mohd. Faidzol Fazreen Shamsudin yang memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gol Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE