Permainan separuh masa pertama berlangsung hambar apabila kedua-dua pasukan gagal mencipta jaringan dan bola hanya banyak berlegar di tengah padang.

Tuan rumah terlebih dahulu mencipta jaringan hasil rembatan kencang Mohd. Faiz Subri pada minit ke-58 menewaskan penjaga gol Felcra FC Mohamad Yatim Abdullah.

Berselang sembilan minit, Felcra FC akhirnya menyamakan kedudukan hasil penyudah cantik Anselmo Arruda Da Silva yang menyudahkan hantaran di depan gol.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan akhirnya menemui jaringan kemenangan pada minit ke 73 hasil rembatan padu pemin tengah Mohd. Azrul Ahmad.

Permainan agak tergangggu dengan kekasaran pemain kedua-dua pasukan namun berjaya dikawal pengadil perlawanan, Mohd. Faiz Jamaludin. - UTUSAN ONLINE