Prosinecki sebelum ini membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya setelah pasukannya kalah kepada Armenia dalam kelayakan Euro 2020.

"Selepas berbincang dengan NSBIH (Persekutuan Bola Sepak Bosnia), saya menerima sokongan penuh daripada badan induk, saya membuat keputusan untuk tidak mahu mengecewakan semua orang.

"Saya kekal sebagai jurulatih Bosnia. Mudah untuk meninggalkan jawatan ini namun saya membuat keputusann untuk kekal hingga tamat kontrak," katanya.

Jurulatih berusia 50 tahun itu melepaskan jawatannya selepas Armenia membelasah Bosnia 4-2 di Yerevan, Ahad lalu. - AFP