Tonggak Perancis ketika menjuarai Piala Dunia 2018 itu gagal memenuhi pengharapan tinggi sejak tiba di Old Trafford dari Juventus pada 2016.

Pogba, 26, dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, malah bekas pasukannya, Juventus turut menyuarakan minat untuk kembali mendapatkan khidmat pemain tersebut.

“Sudah tiga tahun saya ber­ada di Manchester dan saya mengharungi tempoh yang sangat hebat.

“Selepas tamat musim ini dan semua yang berlaku, saya rasa sudah tiba masanya untuk mencari cabaran baharu.

“Apabila saya kata cabaran baharu, saya memikirkan tentang perlunya beraksi di tempat lain,” kata Pogba kepada wartawan The Guardian yang berada di Tokyo. – AGENSI