Pasukan tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-33 hasil tandukan cantik ketua pasukan Muhammad Shahrel Fikri selepas menyambut hantaran dari sebelah kanan.

Kuantan FA nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke-62 namun tandukan Murilo Ribiero De Almando terkena palang.

Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim kemudiannya menambah jaringan pada minit ke-70 selepas rembatan Gisung Yeon dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Kuantan FA Muhammad Izzuddin.

PKNP FC berpeluang menambah jaringan pada minit ke-82 selepas berjaya memperdaya Muhammad Izzuddin namun tolakan terlalu lemah sebelum diselamatkan pertahan pasukan pelawat.

Pada masa tambahan, PKNP FC menambah jaringan sekali lagi menerusi Shahrel Fikri melalui sepakan penalti selepas Saifuddin Khairil Anuar dijatuhkan dalam kotak penalti. - UTUSAN ONLINE