Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors Sdn. Bhd Ahmad Fadli Mohammad berkata, bagaimanapun pemain berusia 37 tahun itu perlu memenuhi beberapa sayarat termasuklah lulus ujian kesihatan sebelum kembali semula menyertai TRW.

“Jika semua itu berjalan lancar, maka Mohd. Badhri atau Piya akan bersama dengan TRW.

“Saya harap kehadiran Piya akan menambah sengat di bahagian tengah sekaligus memacu TRW untuk mengejar kedudukan terbaik dalam Liga Perdana,” katanya.

Musim 2018 menjadi ‘titik hitam’ buat Piya apabila Kelantan membuat kejutan dengan menggugurkannya pada pertengahan musim sekali gus menenggelamkan nama jeneral padang TRW itu.

Bagaimanapun, nama Piya kembali meniti di bibir peminat bola sepak Malaysia apabila menerima lamaran dari Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Namun jodoh Piya dengan PFA tidak panjang selepas pasukan Singa Utara itu disingkirkan dari bertanding dalam mana-mana Liga Malaysia oleh Malaysia Football League (MFL).

Tindakan tegas itu diambil oleh MFL ekoran masalah kewangan yang kronik melanda PFA.-UTUSAN ONLINE