PIYA

meninggalkan pasukan biarpun baharu sebulan kembali bersama bagi musim 2019.

Mohd. Badhri atau Piya berkata, penarikan diri dibuat sejurus Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mahu mengkaji semula kedudukan bersama pasukan.

"Sebelum berlaku apa-apa, lebih baik saya mengambil keputusan mengundurkan diri.

"Lagipun kepulangan semula ke pangkuan TRW dibuat selepas mendapat tawaran dari Ahmad Fazli Mohammad (MyInspiration Sdn. Bhd.) dan Orrisa Baharom," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Terdahulu, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, badan induk itu akan meneliti semula mana-mana kontrak pemain yang gaji mereka dibayar oleh KRW Sdn. Bhd. dengan jaminan kerjasama My Inspiration Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Antara individu yang dibawa masuk menerusi jalinan kerjasama itu ialah Kraljevic, Raul Tarragona, Piya dan beberapa lagi.

Piya memberitahu, kedua-dua individu tersebutlah yang bertanggungjawab membawa dia pulang selepas penyertaan Perlis dalam saingan Liga Primier dibatalkan oleh Malaysian Football League (MFL).

Katanya, surat penghijrahkan keluar dari TRW itu sudah diserahkan kepada KAFA sekitar pukul 3.15 petang.

"KAFA sudah terima surat tersebut dan hanya menunggu maklum balas daripada badan berkenaan," ujarnya.-UTUSAN ONLINE.