Anak buah Dollah Salleh terlebih dahulu menamatkan kebuntuan jaringan kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Austin Amutu pada minit ke-46.

Tidak mahu menunggu lama, Sabah berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan separuh masa kedua tidak sampai seminit bermula menerusi jaringan Hector Ramos.

Sepanjang 45 minit separuh masa kedua, kedua-dua pasukan memiliki beberapa peluang keemasan menjaringkan gol namun gagal disempurnakan barisan serangan masing-masing. - UTUSAN ONLINE