Anak buah Dollah Salleh ternyata mendominasi permainan sejurus selepas perlawanan dimulakan sehingga aksi pusingan kedua itu berakhir.

Wan Zaharulnizam menjaringkan gol pertama skuad Tok Gajah pada minit kesembilan diikuti jaringan kedua oleh Ze Love pada minit ke-14.

Tok Gajah memperoleh sepakan percuma dalam kotak penalti lawan pada minit ke-27 dan peluang itu dimanfaatkan oleh Safuwan Baharuddin untuk jaringan ketiga Pahang.

PIB FC turut melakukan asakan ke kubu tuan rumah bagi mencari jaringan pertama pasukan itu, namun, Pahang terus melebarkan jaringan menerusi Faisal Halim pada minit ke-60. - UTUSAN ONLINE