Wales sudah melepasi jangkaan ramai dalam penampilan pertama mereka dengan mara ke separuh akhir selepas menundukkan Belgium 3-1.

Bagaimanapun, pertembungan dua pemain termahal dunia dan rakan sepasukan dalam kelab Real Madrid itu menambahkan lagi keterujaan menjelang perlawanan di Lyon.

“Ini bukan sekadar antara dua pemain, semua orang tahu, ini melibatkan dua negara di separuh akhir.

“Dia merupakan pemain yang hebat, semua orang tahu kemampuannya. Kami memberikan tumpuan kepada gerakan sepasukan, bukan hanya individu semata-mata.

“Kami tahu permainan Portugal sepanjang kejohanan ini, kami menyaksikannya di televisyen. Mereka sangat bahaya. Mereka berada di ranking tinggi dan tiada sebab untuk mereka tidak berada di separuh akhir.

CRISTIANO RONALDO hanya menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan
CRISTIANO RONALDO

“Walaupun mereka tidak menang, tetapi mereka berjaya meraih apa yang diperlukan. Kami akan melakukan persiapan sebaik mungkin dan berharap boleh terus mencipta sejarah,” kata Bale.

Meskipun menjuarai Liga Juara-juara sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun bersama Madrid, Bale masih lagi dibayangi kehebatan Ronaldo di ibu negara Sepanyol itu kerana bintang Portugal itu merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab itu.

Penampilan Bale di Perancis nyata memberangsangkan apabila menjaringkan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan selain berjaya membawa Wales ke suku akhir selepas menumbangkan Ireland Utara menerusi hantaran silang yang kemudiannya menyaksikan Gareth McAuley menjaringkan gol sendiri.

Persembahan Ronaldo pula agak kurang meyakinkan dan gagal membuktikan kemampuan sebenarnya di hadapan pintu gol.

Pemain terbaik dunia tiga kali itu hanya menjaringkan dua gol ketika menentang Hungary untuk menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam empat edisi Euro, namun gagal menjaringkan sebarang gol ketika menentang Iceland, Austria, Croatia dan Poland.

Bagaimanapun, pemain tengah Portugal, Andres Gomes mempertahankan prestasi ketua pasukannya.

“Banyak usaha dilakukannya dalam pasukan ini dan itu paling penting.

“Bale merupakan rujukan kepada Wales, seperti Cristiano untuk kami.

“Bale mempunyai pengetahuan mengenai Liga Sepanyol tetapi saya juga pernah beraksi bersama pasukan Britain dan saya tahu cara mereka bermain. Mereka kuat, agresif selain memiliki serangan dan serangan balas hebat.

“Awak tidak boleh berbicara mengenai pasukan pilihan di separuh akhir. Wales berada di sini kerana mereka layak dan kami perlu menghormati mereka,” katanya.

Portugal berjaya ke separuh akhir meskipun tidak pernah memenangi sebarang perlawanan dalam tempoh 90 minit dan menjadi satu-satunya pasukan yang mara selepas mencatatkan tiga keputusan seri dalam aksi kumpulan. – AFP