Turun di hadapan penyokong sendiri, Pulau Pinang terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi lambungan cantik pemain tengah, Nurfais Johari pada minit ke-48 menewaskan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Bagaimanapun, skuad Bos Gaurus kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi tandukan deras pemain tengah dari Brazil, Leandro Dos Santos.

Keputusan itu menyaksikan Perak dan Pulau Pinang masih berpeluang merebut tempat ke suku akhir bagi mengiringi Pahang yang terlebih dahulu mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati. - UTUSAN ONLINE