Yordan Santa Cruz, Andy Baquero, David Urgelles, Orlendiz Benitez dan Alejandro Portal kesemuanya bertindak meninggalkan skuad kebangsaan selepas dimalukan pada Sabtu lalu.

Santa Cruz disifatkan sebagai salah seorang pemain terbaik kebangsaan di samping Baquero yang turut sebahagian daripada skuad Cuba yang layak ke Piala Dunia bawah 20 tahun pada 2013.

Pembelotan terbaharu itu merupakan tamparan hebat untuk bola sepak Cuba dalam tempoh beberapa tahun.- AGENSI