Katanya, beliau tidak menghalang mana-mana pemain yang ingin meninggalkan Perlis dan menghormati keputusan mereka.

Seterusnya kata Ahmad Amizal, beliau telah merangka beberapa perancangan baharu untuk pasukan selepas nama-nama besar mengambil langkah meninggalkan Perlis.

"Pada masa ini, kita masih berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan gaji para pemain dan berharap mereka dapat bersabar sedikit lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam Safee mengesahkan tidak lagi bersama pasukan Perlis diikuti oleh Mohd. Badri Radzi atau Piya dan lapan lagi pemain yang dijangka mengikut jejak langkah sama.

Sebelum itu, jurulatih bawah 17 tahun Perlis, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengumumkan peletakan jawatan atas faktor tidak tahan dengan sikap PFA yang sehingga kini masih gagal melunaskan gaji.

Perkembangan tersebut menyaksikan masa depan Perlis untuk melakar kejayaan dalam Liga Perdana musim ini semakin gelap selepas gagal menyelesaikan gaji pemain dan barisan kejurulatihan sejak Disember lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Amizal berkata, beliau tidak akan berputus asa dalam membawa Perlis meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran pada masa ini.

"Kita akan terus bersaing dalam Liga Perdana dengan kekuatan yang ada dan berharap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memahami situasi yang berlaku," katanya. - UTUSAN ONLINE