Kumpulan pemilikan bekas kapten England itu terpaksa berdepan sebuah mahkamah di Florida Selatan, Rabu lalu untuk memperoleh kebenaran bagi memusnahkan Stadium Lockahart yang telah runtuh.

Stadium itu, kediaman Fort Lauderdale Strikers yang telah dibubarkan, sekitar 40.23 kilometer utara Miami, tempat rancangan kumpulan Beckham untuk membina sebuah arena baharu bermuatan 18,000 tempat duduk sejajar masa penampilan sulung Inter Miami dalam MLS pada 2020.

Kerja-kerja di venue baharu akan mula serta-merta ekoran keputusan mahkamah itu kelmarin yang menyusuli satu pertikaian undang-undang dengan kumpulan hiburan sukan, FXE Futbol yang mendapat satu injuksi menentang projek Beckham.

FXE telah berunding dengan pegawai-pegawai bandar raya selama lebih setahun mengenai pengubahsuaian daripada meruntuhkan Stadium Lockhart sebelum kumpulan Beckham mengambil tapak itu.

Namun Hakim Raag Singhal memutuskan kelmarin tiada asas untuk menghalang projek AS$60 juta (RM248.54 juta) kumpulan Beckham itu.

Inter Miami merancang untuk menggunakan Lockhart bagi dua musim ekoran kemasukan mereka ke MLS tahun depan, manakala satu gelanggang sendiri tetap AS$1 bilion (RM4.14 bilion) yang dirancang di Kelab Desa Melreese dekat lapangan terbang Miami, disiapkan.

Namun FXE secara tajam membidas apa yang mereka gelar satu keputusan ‘tergesa-gesa’ terhadap cadangan itu.

FXE menuduh pegawai-pegawai bandar raya gagal berpegang dengan garis panduan negeri sambil mempersoalkan dakwaan Inter Miami bahawa tapak itu perlu diruntuhkan kerana satu masalah asbestos.

Keputusan kelmarin merupakan perkembangan terbaharu dalam kisah MLS Beckham yang terlibat dalam kekangan undang-undang dalam lima tahun sejak hasratnya untuk memiliki satu francais menjadi rasmi.

Lockhart merupakan tapak cadangan keenam dan di sebalik rancangan itu tampak mengagumkan, ramai peminat berang apabila pasukan baharu itu akan dipaksa keluar Miami.

Masa depan gelanggang sendiri Inter Miami yang dirancang di Kelab Desa Melreese dalam pada itu, terus diselubungi dalam ketidaktentuan dan keraguan politik menjelang satu pengundian penting November ini oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya Miami. – AFP