Jurulatih kelahiran Belanda yang mengambil alih pasukan Al-Ahmar daripada rakan senegaranya, Pim Verbeek, meletakan harapan tinggi untuk melihat Oman dapat mencontohi pencapaian terakhir mara ke peringkat kali mati Piala Asia 2019, Januari lalu dalam penampilan pertama.

“Pada saya, kejohanan ini amat penting bagi menilai prestasi setiap pemain memandangkan saya tidak mengetahui banyak mengenai pemain saya kerana baru lima hari mengambil alih jawatan ini dari rakan saya Verbeek.

“Kami perlu ada mentaliti kemenangan, dan kami berada di sini untuk menang piala ini,” katanya di sidang media pra kejohanan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Afghanistan Anoush Dastgir berkata, Piala Air Marine antara platfor untuk menilai prestasi pemainnya sebelum mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Dunia 2022 yang bermula Jun.

“Kami anggap kejohanan ini penting kerana ia menawarkan mata untuk ranking FIFA (Persekutan Bola Sepak Antarabangsa). Kami senaraikan pemain terbaik dan memang menunggu perlawanan menentang Oman esok,” katanya.

Anoush berkata, pemainnya telah melalui dua latihan pusat di Turki selain bermain dalam lima perlawanan persahabatan sebelum menyertai Piala Airmarine.

Kedua-dua pasukan akan bermain dalam semi-final pertama pada 4.30 petang esok sebelum perlawanan antara Malaysia dan Singapura pada pukul 8.45 malam.

Pasukan yang kalah akan bertemu bagi menentukan tempat ketiga/keempat, manakala pemenang berentap dalam perlawanan akhir. Kedua-dua perlawanan berlangsung pada 23 Mac. - BERNAMA