Nketiah, 20, dipinjam dari Arsenal hanya mengambil masa empat minit selepas dimasukkan apabila melepaskan rembatan dari jarak dekat untuk membolehkan Leeds mengumpul 10 mata hasil empat perlawanan.

"Kami layak untuk memenangi perlawanan ini sebab kami menguasainya. Kami tidak cipta banyak peluang tetap kami mencipta ruang yang mencukupi.

"Perlawanan ini menuntut fizikal pemain dan kami mendominasinya dengan baik.

"Helder Costa pemain yang seimbang apabila boleh bermain di kedua-dua bahagian dan Eddie Nketiah pula boleh memberi impak di bahagian tengah. Kami juga bertahan dengan baik dan lawan tidak mempunyai ruang yang mencukupi," kata jurulatih Leeds, Marcelo Bielsa.

Swansea berada di tangga kedua, turut berkongsi 10 maata setelah menundukkan QPR 3-1. - AFP