Nishino akan mengalas tanggungjawab besar bersama skuad senior Gajah Perang dan persediaan menghadapi Kejohanan AFC Bawah 23 tahun 2020 yang menyaksikan Thailand menjadi tuan rumah.

“FA Thailand dengan bangga mengumumkan Akira Nishino dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand dan ketua jurulatih pasukan Bawah 23.

“Bekas ketua jurulatih Jepun itu akan mengetuai skuad Gajah Perang bersaing dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 pusingan kedua, Sukan SEA dan Kejohanan AFC Bawah 23 pada 2020.

“Pelantikan Nishino dianggap penuh bersejarah buat bola sepak Thailand kerana bekas ketua jurulatih pasukan Asia yang pertama diberikan tanggungjawab membimbing skuad kebangsaan kami,” kata kenyataan rasmi FAT.

Kata FAT, majlis rasmi menandatangani dan sidang media akan dilakukan pada 19 Julai ini di Jepun.

Sidang media juga akan berlangsung di Thailand sebaik sahaja Nishino tiba di Bangkok bagi memulakan tugasannya. - AGENSI